Lelaki yang sebelum ini memegang rekod sebagai lelaki tertua di dunia Francisco Nunez Olivera meninggal dunia di kampung halamannya Bienvenida, Madrid Sepanyol.

Menurut rekod, Francisco dilahirkan pada 13 Disember 1904 dan berusia sepuluh tahun ketika perang dunia pertama tercetus.

Ramai pihak sebelum ini mahu mendapatkan rahsia daripadanya bagaimana untuk mengekalkan kesihatan sekali gus memanjangkan usia.

Francisco mendedahkan bahawa dia sering memakan sayuran yang segar sepanjang hayatnya.

Beliau telah menyambut hari kelahirannya yang ke-113 lebih sebulan yang lalu.