INTERNATIONAL
Mangsa gua Tham Luang dibenar keluar hospital minggu hadapan

Beberapa mangsa disahkan menghidap pneumonia namun kini sedang menjalani proses pemulihan. - Foto fail
Kesemua 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chaing Rai, akan dibenarkan pulang dari hospital minggu hadapan.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan Thailand Piyasakol Sakolsatayadorn.
Beberapa mangsa turut disahkan menghidap pneumonia namun kini sedang menjalani proses pemulihan.
Mereka terperangkap selama 17 hari dalam gua yang berdekatan sempadan Myanmar itu berjaya dibawa keluar dengan misi bantuan antarabangsa melibatkan pasukan penyelamat dari Australia.
Setelah berjaya dibawa keluar dengan selamat, kesemua mereka ditahan di hospital bagi menjalani rawatan susulan.
Terdahulu pada 23 Jun lalu, kumpulan remaja yang berusia 11 hingga 16 tahun itu bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun memasuki gua berkenaan untuk meneroka bahagian dalam gua tersebut namun terperangkap selepas hujan lebat turun sehingga menyebabkan banjir.
Usaha menyelamat dan membawa kesemua mereka keluar dari gua tersebut mengambil masa tiga hari dengan menggunakan kepakaran pasukan SEAL dari Tentera Laut Thai dan pasukan penyelam pakar antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami