Mayat seorang bekas pembuat roti ditemukan secara tidak sengaja selepas lapan tahun susulan satu kebakaran di blok apartmennya di Jerman.
Mayat Heinz H, dilaporkan berusia 59 dan bangkai anjingnya yang dipercayai mati akibat kebuluran ditemui di dalam sebuah apartmen di Senden, Jerman pada 20 September lalu.
Difahamkan, anggota bomba yang mengetuk pintu rumah setiap penduduk untuk memindahkan mereka ke tempat selamat susulan satu kebakaran bertindak memecah masuk kediaman lelaki itu apabila tiada sebarang respons diterima.
Siasatan lanjut mendedahkan, peti surat mangsa penuh sejak lapan tahun lalu dan keretanya masih terletak di kawasan parkir blok apartmen berkenaan.
Kali terakhir Heinz dilihat masih hidup ialah pada tahun 2011.
Seorang jiran mangsa, Angelika Havener berkata, dia pernah menghubungi pelbagai pihak berkuasa selepas menyedari bau aneh, namun tiada sebarang tindakan susulan diambil.
"Dia seorang jiran yang baik. Heinz memberitahu saya dia berhenti menjadi pembuat roti kerana mengalami alahan terhadap debu tepung," kata Havener yang kadang-kala memberi makanan kepada mangsa.
Sementara itu, seorang lagi jiran menyangka mangsa yang telah berpisah dengan isterinya itu tinggal bersama rakannya di tempat lain.
Pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kes terbabit. - Agensi
Sinar Harian
Mon Oct 07 2019
Kereta milik Heinz H masih berada di kawasan parkir sebuah blok apartmen di Senden, Jerman. - Foto CEN/Sinar Harian
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Pecutan saat akhir, penentu kemenangan
Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung Sabtu ini susulan kematian bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) mungkin berbeza dengan PRK sebelum ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
[TERKINI] 10 pekerja maut, letupan kilang
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu
Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, pertingkat penjagaan gusi
Systema pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan pelancaran inovasi terbaharu berus gigi.
Denda dan usir jika tiada permit
Lupakan niat mahu mengerjakan haji jika tidak ikut saluran betul atau tiada permit kerana kata dua oleh pihak berkuasa Arab Saudi kepada kumpulan ini ialah dikenakan penalti 10,000 Riyal dan diusir apabila tidak patuh dengan peraturan terbaharu mereka.
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
AWANI Borneo [10/05/2024] – Takziah | Fokus tugas menteri | Waspada!
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Enam pegawai kanan dan anggota polis yang sebelum ini ditahan berhubung kes pemerasan RM1.25 juta, direman semula selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), bermula semalam.
Mayat bekas pembuat roti ditemui selepas lapan tahun
Mayat seorang bekas pembuat roti ditemukan secara tidak sengaja selepas lapan tahun susulan satu kebakaran di blok apartmennya di Jerman.