Tutup

Berita  | Dunia

Nenek warga Australia dibebaskan

Nenek warga Australia dibebaskan
Exposto sebelum ini terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 mendapati Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke Malaysia pada 2014. - Foto Reuters
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan serta melepas dan membebaskan seorang nenek warga Australia yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengedar dadah.

Peguam bela tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan, sejurus selepas keputusan, Maria Elvira Pinto Exposto telah terus dibawa ke Jabatan Imigresen berikutan tempoh visanya yang telah tamat.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 mendapati Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke negara ini pada 2014.

Ketika itu Exposto ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 1.5 kilogram dadah jenis syabu yang didakwa tidak diketahui diletakkan di dalam begnya.
BACA: Nenek terlepas hukuman gantung sampai mati

Pihak pendakwaraya selepas itu telah membuat rayuan untuk perbicaraan semula dan Exposto dijatuhi hukuman mati sebelum peguamnya mengemukan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Keputusan untuk menerima rayuannya telah dicapai dan Exposto dibenar dibebaskan hari ini.


Tag: nenek, Australia, Mahkamah Perseketuan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Maria Elvira Pinto Exposto



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.