Satu pasangan transgender di Ecuador bakal melakar sejarah apabila mereka akan menjadi ibu bapa melalui kehamilan yang pertama seumpamanya di Amerika Selatan, lapor Daily Mail.
Diane Rodriguez, aktivis LGBT yang terkenal baru-baru ini telah berkongsi berita bahawa 'teman lelaki' beliau, Fernando Machado, sedang hamil anak pertama.
Rodriguez dan Machado telah berpasangan sejak tahun 2013 selepas berkenalan buat pertama kali di laman media sosial.
Machado dilahirkan dengan jantina perempuan dan dibesarkan di Venezuela, namun berhijrah ke Ecuador bersama teman wanita beliau dan mereka kini dipercayai pasangan pertama negara berkenaan yang mendapat cahaya mata.
Manakala Rodriguez yang lahir sebagai seorang lelaki, telah menjadi sebutan di Ecuador pada tahun 2013 apabila menjadi calon transgender pertama yang bertanding untuk kerusi Kongres.
Rodriguez sebelum ini pernah mendedahkan kesukaran hidup selepas membuat pengakuan kecenderungan jantina kepada keluarga. Beliau telah dihalau oleh keluarga dan terpaksa hidup di jalanan.
Berlainan pula halnya dengan Machado yang mendapat sokongan penuh keluarga apabila memberitahu hasrat beliau untuk menukar jantina kepada lelaki.
Pengumuman mereka di akaun media sosial turut mendedahkan bahawa kehamilan tersebut terhasil melalui hubungan kelamin normal kerana mereka masih belum menjalani pembedahan ‘zon bawah’ untuk menukar alat kelamin.
“Kami hidup sebagai lelaki dan wanita. Fernando sebagai lelaki dan saya sebagai wanita. Proses untuk kami sampai ke tahap ini memang kompleks.”
“Ini hak kami, jadi kami ambil keputusan untuk tambah seorang lagi ahli keluarga.”
Nizam Bakeri
Wed Dec 23 2015
Diane Rodriguez, aktivis LGBT yang terkenal baru-baru ini telah berkongsi berita bahawa teman lelaki beliau, Fernando Machado, sedang hamil anak pertama. - Foto Facebook
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Pasangan transgender Ecuador bakal raih cahaya mata, 'ibu' buat 'bapa' mengandung
Satu pasangan transgender di Ecuador bakal melakar sejarah apabila mereka akan menjadi ibu bapa melalui kehamilan yang pertama seumpamanya di Amerika Selatan.