awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pedati emas dipersiapkan untuk 'perjalanan Raja Thai ke syurga'

Agensi
Agensi
07/02/2017
07:29 MYT
Pedati emas dipersiapkan untuk 'perjalanan Raja Thai ke syurga'
Petugas bahagian Seni Halus Muzium Nasional Thailand membaik pulih Pedati Diraja yang akan dgunakan dalam upacara pengkebumian mendiang Raja Bhumibol pada hujung tahun ini. - Foto Reuters
Kemasan perincian emas sebuah kenderaan pedati kini giat disiapkan sebagai persediaan membawa mendiang Raja Thailand dalam perjalanan terakhirnya.
Semua kerja penuh teliti itu sedang diusahakan oleh pasukan petugas khas di Bangkok yang difahamkan bakal mengambil masa hingga berbulan-bulan, lapor Reuters.
Dibina menggunakan bahan kayu dan dihiasi kepingan dan ornamen saduran emas serta potongan kaca, pedati seberat 13.7 tan itu berukuran 18 meter panjang, 11.2 meter tinggi dan 4.8 meter lebar.
Bakal ditarik oleh 216 lelaki, ia akan membawa takar besar berdekorasi penuh yang mengandungi jasad Raja Bhumibol Adulyadej ke lokasi pembakaran mayat di Sanam Luang di luar Istana Diraja.
BACA: Raja Thailand Bhumibol Adulyadej mangkat setelah gering sejak lama
BACA: Kehilangan Raja Bhumibol dirasai seluruh Asia Tenggara
Pasukan pertukangan terlatih sedang giat 'menghidupkan' semula Pedati Diraja. - Reuters
Pasukan pertukangan terlatih sedang giat 'menghidupkan' semula Pedati Diraja. - Reuters
Raja Bhumibol mangkat pada 13 Oktober tahun lalu selepas tujuh dekad bertakhta. Kemangkatannya telah menyelubungi seluruh rakyat negara itu dalam suasana perkabungan, yang mengambil masa sehingga setahun lamanya.
Setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk proses pembakaran, namun dipercayai tidak akan dilakukan sebelum Oktober tahun ini.
Dikenali sebagai 'Pedati Kemenangan Gemilang’, kenderaan itu dalam kepercayaan rakyat tempatan yang majoriti beragama Buddha-Theravada, akan membawa figura tersanjung itu 'kembali ke syurga’.
Proses renovasi bermula pada Januari lalu dan dijangka siap menjelang September.
Pedati itu kali pertama dibina pada tahun 1795 sewaktu zaman pemerintahan Raja Rama I untuk upacara pembakaran ayahandanya.
Raja Bhumibol merupakan Rama IX dalam susur galur Dinasti Chakri. Takhtanya kini diambil alih oleh puteranya, Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, atau dikenali sebagai Rama X.
Pedati itu telah digunakan sebanyak 25 kali, dan paling akhir digunakan pada tahun 2012 sewaktu upacara pembakaran mayat Puteri Bejaratana Rajasuda, iaitu sepupunya.
Perincian pedati yang wujud sejak tahun 1795 ini dilakukan dengan penuh teliti. - Foto Reuters
Perincian pedati yang wujud sejak tahun 1795 ini dilakukan dengan penuh teliti. - Foto Reuters
BACA: Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn ialah Raja Thailand yang baharu
BACA: Ceritalah ASEAN: Kemangkatan seorang raja
Topic Berkaitan
#bhumibol adulyadev
#pedati emas
#pembakaran mayat
#Raja Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan