awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan al-Baghdadi: Netanyahu ucap tahniah kepada Trump

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/10/2019
23:10 MYT
Pembunuhan al-Baghdadi: Netanyahu ucap tahniah kepada Trump
Netanyahu (kanan) berkata operasi membunuh Baghdadi itu mencerminkan kesungguhan bersama Amerika Syarikat dan semua negara bebas dalam memerangi organisasi dan negara pengganas. - gambar hiasan
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas “pencapaian mengagumkan" dalam pembunuhan ketua kumpulan militan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi.
Nethanyahu berkata operasi membunuh Baghdadi itu mencerminkan kesungguhan bersama Amerika Syarikat dan semua negara bebas dalam memerangi organisasi dan negara pengganas.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun ia satu pencapaian penting, namun masih banyak yang perlu dilakukan.
“(Walaupun) Ia merupakan pencapaian penting, tetapi ia hanya sebahagian daripada pertempuran panjang yang harus dimenangi,” katanya.
Netanyahu berkata demikian dalam lawatan pangkalan tentera Israel, susulan pengumuman oleh Trump.
Operasi bagi menangkap dan membunuh al-Baghdadi dilancarkan di wilayah Idlib, Syria.
Menurut Trump, Baghdadi membunuh diri dengan meletupkan jaket pengeboman diri ketika serangan operasi khas tentera AS.
Tiga anaknya turut terbunuh.
Baghdadi ialah sasaran operasi yang dirancang secara rahsia dan diluluskan oleh Trump.
Topic Berkaitan
#Abu Bakr Al-Baghdadi
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#daish
#Donald Trump
#Israel
#militan
#operasi
#pengganas
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan