Seorang bekas diplomat Kanada ditahan di China, Reuters melaporkan memetik sumber pada Selasa, dan majikannya berkata pihaknya sedang mengusahakan supaya dia segera dibebaskan.

Bagaimanapun, ia dipercayai tiada kaitan dengan penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, minggu lalu.

"International Crisis Group sedar mengenai laporan yang Penasihat Kanan Timur Laut Asia kami, Michael Kovrig, telah ditahan di China.

"Kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai keberadaan Michael dan pembebasannya dengan cepat dan selamat," majikannya berkata dalam satu kenyataan.

Pengesahan Kanada itu menyusul selepas anak kepada pengasas Huawei itu kembali ke mahkamah Vancouver pada Selasa bagi pendengaran jaminan, dalam kes yang menimbulkan kemarahan rakyat Beijing.

Penganalisis Kanada meramalkan China akan bertindak balas selepas penahanan pegawai tertinggi itu atas permintaan Amerika Syarikat.

Michael bekerja di China sebagai sebahagian kumpulan pemikir resolusi konflik.

Wanzhou berdepan tuduhan memperdaya bank multinasional berhubung kawalan Huawei ke atas sebuah syarikat yang beroperasi di Iran.