awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan CFO Huawei: Trump tidak tahu, China kata AS cemburu

Agensi
Agensi
07/12/2018
03:50 MYT
Penahanan CFO Huawei: Trump tidak tahu, China kata AS cemburu
Media rasmi China sifatkan AS cuba menghalang pengembangan global syarikat teknologi China susulan penahanan Meng. - Foto AP
PRESIDEN Donald Trump tidak tahu rancangan menahan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei di Kanada, kata dua pegawai kanan beliau.
Menurut laporan Reuters, kenyataan itu dilihat lebih kepada mengelakkan gangguan kepada rundingan perjanjian dagangan yang sedang berlangsung.
Pegawai White House turut menyatakan Trump tidak tahu soal permintaan ekstradisi oleh Amerika Syarikat (AS), Sabrina Meng Wanzhou dari Kanada.
Menurut Jabatan Keadilan Kanada, penahanan Meng pada 1 Disember dibuat atas arahan AS atas dakwaan melanggar sekatan ekonomi terhadap Iran.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau bagaimanapun penahanan itu tidak melibatkan campur tangan politik.
China melalui kedutaannya di Vancouver nyata marah dengan melancarkan protes dan mengesa pembebasan segera Meng.
BACA: Kanada tahan CFO Huawei, hubungan China-AS kembali tegang?
BACA: China 'mengamuk' CFO Huawei ditahan
Sementara itu, media rasmi China sifatkan AS cuba menghalang pengembangan global syarikat teknologi China susulan penahanan Meng.
Mereka sifatkan Kanada dan AS masih gagal menyatakan asas penahanan Meng dan ia dilihat lebih kepada usaha AS memberi tekanan negara sekutunya untuk tidak berurusan dengan Huawei.
Sementara itu Jepun menjadi negara pertama mengharamkan pembelian kelengkapan teknologi dari Huawei dan ZTE Corp, menurut sumber yang dipetik Reuters.
Tindakan itu menyusul dakwaan kononnya cip keluaran Huawei adalah satu bentuk intipan dan risikan China.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Huawei
#Jepun
#Justin Trudeau
#Kanada
#Meng Wanzhou
#Perdana Menteri
#Trump
#zte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan