awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat

Agensi
Agensi
05/02/2019
02:42 MYT
Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat
Bangkai pesawat yang membawa Emiliano Sala. - Foto Twitter/@aaibgovuk
PASUKAN pencarian berjaya mengesan mayat di dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Cardiff City Emiliano Sala dan juruterbang David Ibbotson.
Pencarian pada Ahad menemui pesawat Piper Malibu pada dasar laut di persisiran pantai Guernsey, dua mingggu selepas ia dilaporkan hilang.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) mengesahkan penemuan berkenaan pada Isnin.
Pasukan pencarian menggerakkan pelan untuk mengeluarkan pesawat berkenaan pada kedalaman 67 meter.
Ketua pencarian David Mearns bekata, pesawat itu perlu dikeluarkan dari dasar laut dengan segera.
Ia bagi mengakhiri penantian keluarga Sala sejak kehilangan pesawat itu dan penemuannya baru-baru ini.
"Kebimbangan keluarga Sala selama ini telah terjawab walaupun mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesedihan," katanya.
The @aaibgovuk have confirmed that tragically a person is visible in the underwater footage of the aircraft #emilianosala and pilot Dave Ibbotson were on. They are now considering the next step. pic.twitter.com/PCdtJrYAtT
— Fran Le Noury (@franlenoury) February 4, 2019
Update: AAIB investigation into the loss of light aircraft N264DB https://t.co/nlUR7G0fyZ pic.twitter.com/88z6YjOBgP
— AAIB (@aaibgovuk) February 4, 2019
Pesawat tersebut membawa penyerang warga Argentina Sala, 28 tahun, dan Ibbotson, 59 tahun, dari Nantes, barat laut Perancis, menuju ke Cardiff selepas Sala melengkapkan perpindahannya ke Cardiff City yang bernilai 15 juta paun sterling (RM80 juta).
Penemuan bangkai pesawat itu dibuat pada Ahad oleh pasukan Mearns yang dilancarkan keluarga Sala dan dibiayai dana umum selepas pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian secara rasmi.
Minggu lepas beberapa dua kusyen kerusi yang dipercayai dari pesawat malang itu ditemui dipersisiran pantai Perancis.
  • Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang, dikhuatiri terhempas
  • Misi mencari Emiliano Sala
  • 'Ada ais di sayap pesawat bawa Emiliano Sala' - Pakar penerbangan
  • Keluarga Sala mahu pencarian diteruskan
  • Pemberhentian misi mencari Emiliano Sala tindakan memalukan
  • Presiden Argentina gesa pencarian Sala diteruskan
  • Keluarga Sala raih kutipan RM1.4 juta untuk gerakan mencari diteruskan
Topic Berkaitan
#AAIB
#bangkai
#Britain
#Cardiff City
#David Ibbotson
#Emiliano Sala
#Guernsey
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan