INDIA diminta mengeluarkan stok makanan dari gudang bagi mengatasi masalah kekurangan makanan yang dialami rakyat negara itu, disebabkan sekatan pergerakan.

Laporan mendakwa, penduduk miskin semakin tertekan kerana hilang punca pendapatan.

Prof Jayati Ghosh dari Universiti Jawaharlal Nehru mendesak kerajaan mengeluarkan simpanan bijian dari gudang.

Menerusi Twitter miliknya, beliau berkata, kini ramai pekerja dalam keadaan yang amat teruk tanpa pendapatan atau makanan.

BACA: India berjaya turunkan kadar pencemaran udara, langit biru kini boleh dilihat di New Delhi

BACA: COVID-19: 69 peratus pesakit di India tiada simptom

Sekatan pergerakan yang dikuat kuasa di seluruh negara untuk mengekang penularan wabak COVID-19 pada awalnya diumumkan selama 21 hari dari 25 Mac, tetapi dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Bekas menteri kewangan P Chidambaram berkata, makanan percuma dapat diberikan kepada golongan miskin daripada simpanan bijian di Food Corporation sebanyak 77 juta tan.