awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertempuran berdarah di Gaza: Putin, Erdogan lahir kebimbangan serius

Bernama
Bernama
17/05/2018
02:07 MYT
Pertempuran berdarah di Gaza: Putin, Erdogan lahir kebimbangan serius
Penunjuk perasaan wanita warga Palestin ketika protes menentang pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis menjelang ulangtahun ke-70 Nakba, di sempadan Gaza-Israel, timur Gaza City. REUTERS
Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Rabu telah melahirkan kebimbangan yang serius berhubung tragedi berdarah yang menyaksikan ramai penduduk Palestin terbunuh ketika bertempur dengan tentera Israel di Gaza, lapor agensi berita China Xinhua.
Dalam satu perbualan telefon, kedua-dua pemimpin memberikan perhatian khusus kepada tunjuk perasaan secara besar-besaran di wilayah-wilayah Palestin, yang dicetuskan oleh pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis, menurut Kremlin dalam satu kenyataan akhbar.
"Pihak Rusia menggariskan kepentingan menahan diri daripada keganasan dan keperluan mewujudkan satu proses rundingan yang efektif untuk mencari penyelesaian bersama berdasarkan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan," katanya.
Putin dan Erdogan turut membincangkan penyelesaian konflik Syria dan kerjasama Rusia-Turki dalam sektor tenaga.
Tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh penduduk Palestin berlangsung di Gaza pada 14 Mei ketika Kedutaan AS dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sebuah kota suci bagi umat Islam, Kristian dan Yahudi.
Sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin, termasuk enam kanak-kanak, telah terbunuh manakala lebih 1,300 lagi cedera terkena peluru hidup dan peluru getah, kata Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Gaza
#Israel
#kedutaan
#keganasan
#konflik
#PBB
#Recep Tayyip Erdogan
#Rusia
#Syria
#Turki
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan