Doktor berjaya mengeluarkan kabel telefon sepanjang 1 meter dari zakar seorang pesara di China.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu mendakwa tujuan dia memasukkan kabel itu adalah untuk menghilangkan rasa gatal-gatal pada uretra disebabkan oleh prostatitis atau keradangan prostat yang dialaminya.

Kabel itu bagaimanapun tersimpul pada pundi kencingnya hingga menyebabkan berlaku pendarahan apabila ia cuba menariknya keluar.

Menurut Kankan News, lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke hospital Dalian pada 30 Mac lalu.

"Imbasan yang dilakukan pakar urologi, Dr Gao Zhanfeng mendapati kabel selebar 0.5 sentimeter tersimpul ketat pada pundi kencingnya. Doktor terpaksa menggunakan laser untuk memotong simpulan itu dan berjaya menarik keluar kabel tersebut.

"Pesakit itu bernasib baik kerana tidak memasukkan logam atau objek keras lain. Jika tidak, punding kencing itu boleh tertusuk dengan objek tajam," jelas laporan itu. - Daily Mail