Sebuah pesawat yang pada awalnya dipercayai milik kerajaan Afghanistan, Ariana Airlines yang sedang membawa sekurang-kurangnya 80 penumpang dilaporkan terhempas di wilayah Ghazni, kawasan yang dikawal kumpulan Taliban negara itu pada Isnin.
“Pesawat Boeing milik Ariana Airlines terhempas di Sado Khel dalam kawasan Deh Yak di wilayah Ghazni sekitar jam 1.10 petang waktu tempatan pada Isnin,” kata jurucakap gabenor wilayah itu, Arif Noori dalam laporan awal yang dipetik media tempatan.
Jumlah sebenar kematian akibat nahas pesawat jenis Boeing 737-400 itu bagaimanapun belum dapat dipastikan.
Terdapat juga percanggahan maklumat awal di pihak berkuasa tempatan berhubung jumlah penumpang dan destinasi pesawat serta lokasi pesawat malang itu berlepas.
Bagaimanapun, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ariana Airlines, Mirwais Mirzakwal menafikan pesawat syarikat penerbangan itu terbabit dalam kemalangan seperti yang didakwa oleh pegawai kerajaan Afganistan itu.
"Terdapat insiden pesawat terhempas tetapi bukan milik syarikat Ariana. Dua pesawat yang dikendalikan oleh kami dari Herat ke Kabul dan Herat ke Delhi (India) telah selamat mendarat," katanya kepada Reuters.
Sementara itu pihak Taliban berkata pihaknya sedang membuat siasatan lanjut berhubung insiden itu.
BACA: Disangka Ariana Airlines, pesawat terhempas di Afghanistan rupanya milik tentera AS
Agensi
Mon Jan 27 2020
Bagaimanapun destinasi pesawat dan dari mana tempat pesawat berlepas masih belum dapat dipastikan. - Gambar hiasan
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.