awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis UK sahkan bekas perisik Rusia diracun dengan agen saraf

Agensi
Agensi
07/03/2018
21:24 MYT
Polis UK sahkan bekas perisik Rusia diracun dengan agen saraf
Polis UK percaya bekas perisik Rusia, Sergei Skripal menjadi sasaran bunuh berdasarkan penemuan agen saraf - Foto Reuters
Polis Metropolitan UK sahkan wujud penggunaan bahan kimia agen saraf dalam insiden cubaan bunuh bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia.
Ketua Bahagian Anti-Keganasan Mark Rowley memaklumkan selain dua beranak itu, seorang lagi mangsa yang merupakan anggota polis yang menemui mereka kini turut kritikal di hospital.
Menurut Rowley, kes melibatkan Skripal kini disiasat sebagai cubaan bunuh.
Agen saraf merupakan bahan kimia yang boleh menghentikan sistem saraf serta fungsi badan.
Ia lazimnya memasuki sistem badan menerusi mulut, hidung dan juga boleh diserap menerusi mata atau kulit.
"Kami percaya Sergei dan anaknya menjadi sasaran insiden ini, berdasarkan keputusan wujudnya penggunaan agen saraf yang disebabkan simptom yang dialami kedua-dua mereka," dedah Rowley dalam satu sidang media.
Dua orang anggota polis yang berada di lokasi Sergei dan anaknya ditemui sebelum ini turut dimasukkan ke hospital atas simptom gatal mata dan sukar bernafas.
Mereka bagaimanapun dibenarkan keluar hospital selepas pemeriksaan.
Skripal, 66 tahun, dan anaknya, Yulia, 33 tahun, dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah pusat membeli-belah di Salisbury, Wiltshire, United Kingdom pada Sabtu.
Kedua-duanya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan sejurus sebelum kejadian.
BACA: Bekas perisik dan anak diracun, kes mirip Kim Jong-nam
Topic Berkaitan
#agen saraf
#diracun
#London
#perisik
#Rusia
#Sergei Skripal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan