Perhatian masyarakat antarabangsa hari ini pastinya tertumpu kepada insiden letupan bersiri di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya enam disahkan maut dalam insiden yang berlaku di enam lokasi berbeza itu.

Di laman sosial, hashtag #KamiTidakTakut, #JakartaBerani dan #PrayForJakarta menjadi trending, dengan netizen khususnya penduduk bandar itu berkongsi rasa terkejut dan menyampaikan doa kepada semua mangsa serangan.

Malah, rata-rata netizen juga menyifatkan kebencian menjadi penyebab utama manusia bertindak luar batas kemanusiaan.

Mereka juga berharap tindakan keganasan ini dapat dihapuskan secepat mungkin bagi dunia yang lebih aman dan sejahtera.


Turut popular adalah hashtag #KamiTidakTakut yang menzahirkan kekuatan rakyat Indonesia berdepan dengan cabaran pengganas.





















Sementara itu, ada di kalangan netizen juga menggesa orang ramai untuk tidak berkongsi gambar-gambar mangsa serangan yang tidak sempurna di media sosial kerana ia boleh menjejaskan perasaan keluarga mangsa serta penduduk bandar tersebut.



Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden letupan dan tembakan yang berlaku di Jakarta, Indonesia pagi tadi.

Ini telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan.