DUNIA
Rusia sahkan dua kes koronavirus
Rusia hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menterinya, Tatyana Golikova yang turut memaklumkan bahawa kedua-dua pesakit terbabit merupakan warga China dan kini sedang dikuarantin.
"Perkhidmatan Rospotrebnadzor di Persekutuan Rusia mengesahkan dua pesakit dengan jangkitan koronavirus di Wilayah Trans-Baikal dan Wilayah Tyumen.
“Mereka kini ditempatkan di bawah pengawasan ketat dan sedang menerima rawatan. Kedua-duanya warga China," katanya.
Dalam pada itu, Golikova turut mengumumkan kerajaan itu merancang untuk membawa pulang semua warganya dari China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami