Sekurang-kurangnya lima terbunuh apabila sebuah pesawat yang disewa khas terhempas di Mumbai, India pada Khamis.

Menurut pegawai perkhidmatan bomba, angka sebenar mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut masih belum diketahui.

Lima yang maut termasuk juruterbang, tiga penumpang dan seorang lagi orang awam yang berada berdekatan semasa pesawat itu terhempas.

Pesawat tersebut dilaporkan terhempas berdekatan bangunan bertingkat yang dalam proses pembinaan di Ghatkopar.

Pegawai bomba melaporkan kesemua lima mayat telah dibawa keluar dari lokasi nahas dan kerja mencari dan menyelamat sedang berlangsung di lokasi kejadian.

Stesen televisyen India Today memaklumkan pesawat malang itu terhempas ketika sedang bersiap sedia untuk mendarat.