Kejadian letupan bom di Bangkok telah dirancang selama sebulan dan telah dilakukan lebih daripada 10 orang.

Itu antara informasi yang telah didedahkan oleh Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmoung yang menjejaki rangkaian suspek yang bertanggungjawab ke atas serangan yang membunuh 20 orang awam itu.

"Letupan ini telah dibuat oleh sebuah pasukan," kata Somyot kepada pemberita sambil menambah bahawa serangan di kuil di tengah pusat bandar Bangkok itu mengambil masa sebulan perancangannya.

Somyot turut yakin bahawa kumpulan tersebut mempunyai lebih dari 10 anggota yang memainkan peranan masing-masing.

“Pengebom akan memerlukan beberapa orang untuk meninjau laman web, merancang satu strategi keluar dan masuk serta membuat bom.

"Saya percaya rangkaian ini mempunyai hubungan dengan orang-orang dalam Thailand,” katanya Somyot.

BACA: Bom Bangkok: Jasad kelima warga Malaysia dijumpai

BACA: Bom Bangkok: Serah diri atau dibunuh - Prayut

Seorang warga asing yang tidak dinamakan telah disyaki sebagai suspek utama selepas polis menyiarkan rakaman seorang lelaki muda, berkaca mata dan berbaju kuning meninggalkan sebuah beg di kuil tersebut sebelum letupan berlaku.

Pihak berkuasa sedang mencari dua lagi lelaki lain yang dilihat di dalam rakaman CCTV sedang berdiri di hadapan suspek.

Mereka berdua meninggalkan tempat kejadian sebelum pengebom yang disyaki jauh meninggalkan kuil tersebut.