Berita  | Dunia

Serangan pengganas Christchurch: Tarrant sasar masjid ketiga untuk bentuk corak segitiga?

Serangan pengganas Christchurch: Tarrant sasar masjid ketiga untuk bentuk corak segitiga?
Polis tidak menolak kemungkinan Tarrant melepaskan tembakan di beberapa lokasi tumpuan penduduk Islam.
WELLINGTON: Polis percaya pengganas kulit putih, Brenton Tarrant merancang serangan ketiga di Masjid Ashburton.

Namun, rancangan lelaki warga Australia itu terbantut apabila ditahan polis sejurus meninggalkan lokasi serangan kedua di Masjid Linwood.
Siasatan mendapati, jika Tarrant sampai ke lokasi ketiga, maka titik pertemuan ketiga-tiga masjid tersebut membentuk corak segitiga.

Namun, polis tidak menolak kemungkinan Tarrant melepaskan tembakan di beberapa lokasi tumpuan penduduk Islam di sekitar Christchurch antaranya dua premis menjual makanan halal.

Malah, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak An Nur yang terletak tidak jauh dari Masjid Ashburton, mungkin menjadi sasaran lelaki itu.





Tag: Christchurch, tragedi solat Jumaat, serangan pengganas, New Zealand, Brenton Tarrent, Masjid Ashburton, Masjid Linwood


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.