DUNIA
Tindakan pengganas dalam insiden Christchurch ada pengaruh permainan video - Pakar psikologi

Bukan hanya kepada mangsa yang menyaksikan sendiri tragedi itu, malah tragedi tersebut turut meninggalkan kesan dari segi psikologi kepada ahli keluarga.
Pakar psikologi berpendapat suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di Christchurch berkemungkinan terpengaruh dengan permainan video.
Menurut Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim, mental mereka mungkin dipengaruhi oleh permainan video sehingga terbawa ke alam realiti.
“Mereka mungkin dipengaruhi oleh faktor mental dek permainan video misalnya. Ini kerana, permainan video ada impaknya sendiri yang boleh membawa kepada kemusnahan.
“Tidak boleh dinafikan kumpulan pengganas ini mungkin terpengaruh dengan permainan video sehingga mereka membawanya ke alam realiti,” ujarnya.
Bukan hanya kepada mangsa yang menyaksikan sendiri tragedi itu, malah tragedi tersebut turut meninggalkan kesan dari segi psikologi kepada ahli keluarga.
“Kejadian yang berlaku pada 15 Mac lepas, melibatkan dua masjid, merupakan tragedi yang amat menyedihkan. Ahli keluarga pastinya antara yang terkesan dengan tragedi tersebut.
“Tentu yang lebih terima impak adalah mangsa yang menyaksikan sendiri kejadian tembak-menembak itu. Ia mungkin akan meninggalkan kesan mendalam sehingga mereka tidak dapat melupakan apa yang terjadi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
“Jangan ada yang cuba melaga-lagakan mana-mana pihak untuk keruhkan lagi keadaan.
“Mangsa yang terkesan perlu diberi perhatian dari awal untuk mengurangkan kecenderungan mereka akan mengalami kemurungan, dengan mendapatkan khidmat kaunseling dari awal," tambahnya.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan.
Empat orang ditahan polis, namun hanya seorang, warga Australia berusia 28 tahun, Brenton Tarrant, telah didakwa membunuh.
Bush memaklumkan, tiga daripada mereka telah ditahan kerana memiliki senjata api di kawasan kepungan polis pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami