Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim akan mewakili Malaysia pada Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, menurut Kementerian Luar Thailand.
Upacara Persemadian Diraja itu akan berlangsung selama lima hari mulai Rabu ini, dan pembakaran jasad ditetapkan pada Khamis.
BACA: Keranda kayu cendana bagi persemadian Raja Bhumibol
BACA: 'Pedati ke syurga' Raja Bhumibol hampir siap, Majlis Pembakaran masuk fasa akhir
BACA: Raptai akhir upacara pembakaran mayat Raja Thailand
Selain Malaysia, kementerian itu mengesahkan kehadiran keluarga diraja dari negara lain termasuk Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Ashi Jetsun Pema Wangchuck.
Putera Akishino dari Jepun, Raja Letsie III (Lesotho), Raja Tupou VI (Tonga), Permaisuri Mathilde (Belgium), Permaisuri Sofia (Sepanyol), Putera Mahkota Frederik (Denmark), Putera Mahkota Haakon Magnus (Norway) dan Putera Andrew Duke of York (United Kingdom) akan berangkat hadir.
Antara pemimpin asing dan Ketua Negara yang akan menghadiri upacara bersejarah ini termasuk Halimah Yaacob (Singapura), Sir Peter Cosgrove (Australia), Hun Sen (Kemboja), James M.Mattis (Amerika Syarikat), Bounnhang Vorachith (Laos) dan Alan Peter S.Cayetano (Filipina).
Setakat ini, 14 anggota kerabat diraja asing di samping 18 pemimpin dunia serta ketua negara telah mengesahkan kehadiran dalam upacara itu.
Kerajaan Thai menganggarkan lebih 250,000 orang akan berhimpun berhampiran Grand Palace dan Sanam Luang yang merupakan kawasan istiadat untuk menyaksikan Upacara Persemadian Diraja itu.
Acara bersejarah itu akan bermula pada Rabu petang dengan upacara membuat merit diraja sebagai persediaan untuk membawa Bekas Abu Mayat Diraja ke Krematorium Diraja di kawasan istiadat Sanam Luang.
Upacara pembakaran jasad akan diadakan pada Khamis mulai jam 7 pagi (waktu tempatan) dengan perarakan membawa Bekas Abu Mayat Diraja dari Grand Palace ke kawasan istiadat Sanam Luang. Pembakaran sebenar jasad dijangka bermula pada 10 malam (waktu tempatan).
Khamis diisytiharkan sebagai cuti umum di Thailand untuk membolehkan rakyat yang berkabung menghadiri upacara itu manakala kedai dan pusat hiburan juga dijangka tidak beroperasi pada berkenaan.
Upacara Persemadian Diraja akan bersambung pada Jumaat serta Sabtu dan selesai pada Ahad, 29 Okt apabila Abu Diraja dipindahkan untuk bersemadi di dua kuil, Wat Rajabopidh dan Wat Bovoranives.
Penamat Upacara Persemadian Diraja itu juga menandakan berakhirnya tempoh berkabung selama setahun di Thailand.
Mendiang Raja Bhumipol, 89, raja kesembilan dalam Dinasti Chakri, mangkat pada 13 Okt tahun selepas setelah menduduki takhta selama 70 tahun. Putera tunggal baginda, Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta tahun lepas berikutan kemangkatan ayahanda baginda.
Istiadat pertabalan baginda dijangka diadakan hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017
Kerajaan Thai menganggarkan lebih 250,000 orang akan berhimpun berhampiran Grand Palace dan Sanam Luang yang merupakan kawasan istiadat untuk menyaksikan Upacara Persemadian Diraja itu. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Sultan Nazrin wakili Malaysia ke upacara persemadian Diraja Thailand
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim akan mewakili Malaysia pada Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.