awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera AS kebumi mayat Al-Baghdadi di laut

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2019
02:49 MYT
Tentera AS kebumi mayat Al-Baghdadi di laut
Mayat Abu Bakr al-Baghdadi dikebumikan di laut. -Gambar fail
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berkata, mayat pemimpin kumpulan militan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi dikebumikan di laut susulan kematiannya dalam satu operasi khas tentera di Syria.
Tentera AS dilaporkan meraikan kejayaan menghapuskan pengasas Daish itu sekali gus menamatkan kempen yang berlanjutan selama beberapa tahun bagi menghancurkan organisasi terbabit.
Dalam pada itu pemberontak Kurdish Syria mendakwa menjadi sumber utama risikan yang membolehkan pihak AS menjejak Al-Baghdadi yang bertanggungjawab terhadap keganasan di sebahagian besar Iraq dan Syria.
"Kematiannya memberi tamparan hebat kepada saki-baki Daish," kata Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper.
BACA: Abu Bakr Al-Baghdadi mati seperti seekor anjing - Trump
BACA: Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS
Esper turut memuji pasukan tentera yang dikerah ke kawasan terpencil di wilayah Idlib, Syria bagi melaksanakan misi sukar yang memerlukan kerjasama dengan pihak Rusia, Kurdish, Turki dan rejim Presiden Bashar al-Assad bagi mengelakkan pesawat AS daripada ditembak.
"Mereka melaksanakan serangan dengan bijak sekali," katanya.
Sementara itu Pengerusi Ketua Turus, Jeneral Mark Milley berkata, tiada sesiapa cedera ketika operasi meskipun pasukan AS ditembak ketika tiba di lokasi terbabit.
Difahamkan dua lelaki ditawan dan mayat Al-Baghdadi dibawa keluar selepas dia membunuh diri.
"Mayat Al-Baghdadi dibawa ke sebuah lokasi selamat bagi mengesahkan identitinya menggunakan ujian forensik DNA.
"Pengebumian mayat telah selesai dan dikendalikan sewajarnya," kata Miley sambil menambah ia dilakukan mengikut undang-undang konflik bersenjata.
Seorang lagi pegawai Pentagon mengesahkan mayat Al-Baghdadi dikebumikan di laut, di sebuah lokasi tidak dinamakan, sama seperti yang dilakukan terhadap mayat pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden pada tahun 2011 susulan serangan tentera AS di Pakistan.
Topic Berkaitan
#Abu Bakr Al-Baghdadi
#dikebumi di laut
#kumpulan militan Daish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan