Thailand melaporkan kes kedua coronavirus juga melibatkan seorang rakyat China.
Mangsa berkenaan, seorang pelancong wanita berusia 74 tahun, dikesan mengalami demam menerusi alat pancaran haba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 13 Jan, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam, pada Jumaat.
Setiausaha tetapnya, Dr Sukhum Kanchanapimai, berkata, wanita berkenaan dari Wuhan di Wilayah Hubei, China, dimasukkan ke hospital di Bahagian Kawalan Penyakit.
"Keadaan wanita itu semakin baik. Kami mengawasi sepenuhnya beliau," katanya.
Pada 8 Jan, seorang wanita berusia 61 tahun juga dari Wuhan, didiagnosis mengalami jangkitan coronavirus. Keadaannya semakin baik dan beliau dijangka terbang pulang ke negara asalnya dalam dua atau tiga hari lagi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul berkata, penyakit coronavirus tidak merebak di Thailand.
"Keadaan di Thailand adalah terkawal," katanya dalam satu kenyataan.
Sejak laporan awal kes seumpama di Wuhan pada 31 Dis, misteri coronavirus telah menjejaskan sekurang-kurangnya 41 orang di bandar berkenaan.
Virus baharu itu telah membunuh dua orang di China. Penyakit itu juga telah dikesan berada di Jepun.
BACA: Jepun sahkan kes pertama koronavirus
Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah meningkatkan pengawasan di empat lapangan terbangnya iaitu Suvarnabhumi, Don Muang, Chiang Mai dan Phuket -- serta penerbangan sewa terus dari Wuhan.
Sejak 13 Jan, seramai 13,624 penumpang dan anak pesawat telah menjalani imbasan bagi penyakit itu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pertambahan kes coronavirus di negara lain adalah berkemungkinan, dengan mengambil kira kepada corak pergerakan global.
Dalam satu kenyataan, WHO menggalakkan semua negara agar terus bersedia dengan langkah-langkah persediaan.
Pada 10 Jan, WHO mengeluarkan maklumat bagaimana cara untuk mengawasi kes, rawatan kepada pesakit, menghalang jangkitan menerusi peralatan penjagaan kesihatan, mengekalkan bekalan yang perlu, dan berkomunikasi dengan orang ramai mengenai coronavirus.
Maklumat itu termasuk nasihat mengenai bagaimana untuk mengekalkan kebersihan tangan dan pernafasan dan makanan yang selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020
Mangsa dikesan mengalami demam menerusi alat pancaran haba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 13 Jan. - Gambar fail
Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2024]
Antara fokus #AWANIpagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Jiwa SME: Digitalisasi lonjakkan perniagaan Ahmad Foo pasca pandemik
Pengalaman menghadapi PKP memaksa Ahmad Fuad, pengasas restoran Ahad Foo-Halal Chinese Foodstyle, mengadaptasi menu untuk menarik lebih ramai pelanggan, sambil menekankan kepentingan adaptasi digital dalam era ekonomi yang mencabar.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Polis rakam keterangan KK Super Mart minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Thailand kesan coronavirus kedua daripada pelancong kedua China
Wanita berkenaan dari Wuhan di Wilayah Hubei, China, dimasukkan ke hospital di Bahagian Kawalan Penyakit.