Tutup

Berita  | Dunia

'Tidak setia' - Raja Thailand lucut gelaran diraja peneman diraja

'Tidak setia' - Raja Thailand lucut gelaran diraja peneman diraja
Raja Thailand, Maha Vajiralongkon (kiri) lucut pangkat diraja dan ketenteraan peneman diraja Sineenat Wongvajirapakdi (kanan). -AP
BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkon melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman diraja beliau, menurut kenyataan istana, lewat hari ini.

Menurut kenyataan itu, Sineenat Wongvajirapakdi, 34, melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja dan tidak setia kepada Raja.

Pengumuman itu berlaku hanya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai Peneman Diraja kepada Raja, Julai lalu.

BACA: Laman web raja Thai tergendala selepas siar gambar sebalik tabir gundik diraja
BACA: Raja Thai lantik bekas kekasih sebagai gundik rasmi diraja

Bekas pengawal kerajaan yang juga dikenali sebagai Koi itu mendapat gelaran pada ulang tahun ke-67 raja tersebut.
Koi, seorang juruterbang berkelayakan dan bekas jururawat tentera adalah wanita pertama yang menerima gelaran diraja dalam hampir satu abad pemerintahan.

Dilahirkan di wilayah utara Nan pada 26 Januari 1985, Sineenat lulusan dari Royal Thai Army Nursing College pada usia 23 tahun.



Tag: Raja Thailand, Maha Vajiralongkon, peneman diraja, Sineenat Wongvajirapakdi, langgar tatacara kelakuan, tidak setia kepada Raja



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.