Badan kawal selia industri penerbangan China, CAAC arahkan syarikat penerbangan domestik gantung penggunaan pesawat Boeing 737 Max 8 serta merta susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines.

Syarikat penerbangan domestik di China dilaporkan menggunakan 60 pesawat jenis itu.

Dengan penggantungan ini, penerbangan yang dijadual menggunakan Max 8 akan ditukar kepada pesawat model jenis 737-800.

BACA: Jenis pesawat nahas Ethiopian Airlines sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas

BACA: Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas


Selain China, dua lagi negara umum gantung khidmat pesawat 737 Max 8.

Ia melibatkan Cayman Airways dan Fiji Airways.


Ini adalah nahas kedua melibatkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan.
Oktober lalu, pesawat sama yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas 13 minit selepas berlepas, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.

Sementara itu Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8 ketika ini.


Bagaimanapun ia kini cuba mendapatkan perincian teknikal pesawat berkenaan daripada Boeing.

MAS membeli 15 buah pesawat jenis 737 Max 8 dan penghantaran dijadualkan 2020.

Syarikat itu jelaskan adalah terlalu awal untuk membuat kenyataan lanjut memandangkan punca nahas pesawat Ethiopia Airlines adalah belum jelas.

MAS turut ucap takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi berkenaan.