awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelakon teater ditikam ketika persembahan di Riyadh

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/11/2019
00:21 MYT
Tiga pelakon teater ditikam ketika persembahan di Riyadh
Tiga pelakon teater ditikam semasa membuat persembahan di ibu negara Arab Saudi pada Isnin.
Tiga pelakon teater ditikam semasa membuat persembahan di ibu negara Arab Saudi pada Isnin.
Video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memegang pisau sambil berlari ke arah pelakon yang berada di atas pentas di King Abdullah Park, Riyadh.
Suspek dikejar seorang lelaki yang menghentikan perbuatannya manakala pelakon yang lain melarikan diri.
Stesen televisyen tempatan melaporkan mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang tidak dinyatakan kewarganegaraan mereka.
Stesen al-Ekhbariya melaporkan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil.
Suspek yang dipercayai seorang penduduk tempatan ditangkap selepas serangan pada Isnin dan pihak polis bertindak menutup kawasan kejadian.
“Polis Riyadh telah menahan seorang rakyat Arab yang memiliki pisau selepas dia menikam dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan ahli kumpulan teater," lapor stesen al-Ekhbariya.
Motif serangan tidak dinyatakan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Putera Mahkota Mohammed Salman melonggarkan sekatan sosial dan mempromosikan hiburan yang dahulunya dilarang oleh kerajaan konservatif Islam ini.
BACA: Konsert BTS di Arab Saudi sukses di sebalik kritikan, kecaman
BACA: Bangunan dan menara di Riyadh bertukar ungu sambut BTS
Antara persembahan yang diadakan sempena Festival ‘Riyadh Season’ ialah persembahan secara langsung, muzik, pertunjukan cahaya, wall climbing dan zip lining.
King Abdullah Park merupakan antara lokasi yang dipilih untuk penganjuran festival hiburan selama dua bulan dan merupakan usaha kerajaan untuk mendedahkan rakyatnya dan mempelbagaikan ekonomi selain komoditi minyak.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#King Abdullah Park
#Mohammed bin Salman
#pelakon ditikam
#pelakon teater
#Riyadh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan