Ibu kepada gadis Sweden yang dinamakan dalam manifesto penyerang masjid di Christchurch mengutuk serangan tersebut.
Dalam insiden tembakan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood pada Jumaat, penyerang bernama Brenton Tarrant melepaskan tembakan yang membunuh 49 nyawa.
Menurut Tarrant, antara sebab serangan dilakukan adalah untuk membalas dendam kematian Ebba Akerlund.
Berusia 11 tahun ketika kejadian, Akerlund merupakan mangsa termuda yang maut dalam serangan warga Uzbek, Rakhmat Akilov yang merempuh sekumpulan orang awam menggunakan lori bir yang dicuri pada April 2017 di Stockholm.
BACA: Bintang YouTube, PewDiePie, marah namanya disebut pengganas insiden Christchurch
Bercakap kepada media Sweden, Jeanette Akerlund berkata serangan berdarah di Christchurch itu bertentangan dengan pendirian anaknya yang sentiasa menyebarkan kasih sayang.
"Saya merasai kesakitan yang ditanggung keluarga mangsa dan saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan.
"Adalah sangat tragik nama anak saya digunakan untuk propaganda politik," kata Jeanette yang nama anaknya turut ditulis di senjata yang digunakan oleh penyerang.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Antara mangsa serangan masjid Christchurch yang dikenal pasti
Sinar Harian
Sat Mar 16 2019
Menurut Tarrant (kanan), antara sebab serangan dilakukan adalah untuk membalas dendam kematian Ebba Akerlund (kiri). - Foto Sinar Harian
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran
Selepas ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran jika negara membalas dendam atas kematian Komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.