Berita  | Dunia

Tragedi solat Jumaat: Salah seorang pengganas di Christchurch disahkan warganegara Australia

Tragedi solat Jumaat: Salah seorang pengganas di Christchurch disahkan warganegara Australia
Perdana Menteri Australia turut mengutuk penyerang tersebut dengan menyifatkannnya sebagai "ekstremis bersayap kanan, pengganas ganas." - Gambar TWITTER@ScottMorrisonMP
CHRISTCHURCH: Sekurang-kurangnya seorang daripada pengganas yang melepaskan tembakan rambang di dua lokasi masjid di Christchurch adalah warganegara Australia.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan perkara itu dalam sidang media khas di Sydney pada Jumaat.

Morrison juga turut mengutuk penyerang tersebut dengan menyifatkannnya sebagai "pengganas ekstremis berhaluan kanan".
BACA: Tragedi solat Jumaat: Jangan tular video insiden berdarah Christchurch! - Polis NZ

BACA : Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid, tembak jemaah



"Australia dan New Zealand, kita bukan hanya sekutu, kita bukan sekadar rakan kongsi, kita adalah keluarga dan bersepupu dengan New Zealand pada hari ini, kita berduka, kita terkejut, kita terkejut, kita marah.

"Agensi kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa New Zealand dan telah menyediakan kapasiti lain untuk menyokong sekiranya diminta," katanya.

Tragedi yang berlaku sewaktu orang awam menunaikan solat Jumaat itu juga melibatkan warga Malaysia.

Sehingga kini,  Wisma Putra telah mengesahkan seorang individu yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Tag: New Zealand, tembakan, tembakan rambang, Perdana Menteri, warganegara, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, Sydney


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.