Berita  | Dunia

Tragedi Tianjin: Bimbang pencemaran kimia, penduduk diarah berpindah

Tragedi Tianjin: Bimbang pencemaran kimia, penduduk diarah berpindah
Pihak berkuasa China mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan kawasan berhampiran lokasi letupan berikutan kebimbangan berlakunya pencemaran kimia. -Gambar fail
TIANJIN: Pihak berkuasa China mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan kawasan berhampiran lokasi letupan berikutan kebimbangan berlakunya pencemaran kimia.

Selain itu, arahan juga dibuat atas faktor perubahan corak arah tiupan angin ke kawasan berkepadatan tinggi itu.

Langkah berkenaan diambil ketika angka korban meningkat lebih 100 orang termasuk puluhan anggota bomba.

Pihak berkuasa sebelum ini dilapor menemukan bahan kimia di lokasi kebakaran.
Sementara itu, pemerhati keselamatan tempat kerja mengambil beberapa langkah bagi mengelak kejadian sama berulang.

Antaranya, dengan meletakkan pakar kimia bagi menguruskan bahan bertoksik tinggi.

Anggota pasukan anti perang kimia juga dihantar ke pusat itu untuk menguji tahap sodium sianida di lokasi.
 
Selain itu, mereka juga mendesak agar satu kawasan khas diwujudkan bagi memastikan bahan kimia tidak menjejaskan keselamatan penduduk sekitar jika kejadian sama berulang.


Kejadian pada Rabu lalu dipercayai membabitkan bahan letupan yang dimasukkan ke dalam gudang di zon industri pelabuhan itu.

Letupan kuat turut merosakkan cermin bangunan di sekitar bandar raya itu yang dihuni lebih 15 juta penduduk.

Letupan juga memusnahkan hampir keseluruhan kawasan pelabuhan, bangunan utama, kontena, dan ribuan kenderaan baru yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

Menurut Pusat Gempa China, kedua-dua letupan menyamai letupan menggunakan 21 tan metrik bom atau gempa dengan magnitud 2.9.

GALERI FOTO: Letupan kuat gegar bandar pelabuhan Tianjin