Turki mengalami krisis bekalan elektrik terburuk dalam 15 tahun apabila kebanyakan kawasan mengalami masalah bekalan tenaga sejak tengahari tadi.

Kira-kira 25 wilayah terbabit dengan kejadian ini termasuklah ibu negara Ankara dan bandar terbesar Istanbul.

Pihak berkuasa Turki sedang melakukan proses pemulihan dan setakat ini 15 peratus kawasan kembali pulih.

Kejadian ini melumpuhkan sistem pengangkutan terutamanya sistem keretapi bawah tanah dan lapangan terbang.

Perdana Menteri, Ahmet Dovutoglu memaklumkan siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan beliau tidak menolak kemungkinan seperti berlakunya serangan siber dan sabotaj.