awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK kaji penglibatan Huawei, mahu pastikan keselamatan negara tidak terjejas

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2020
23:01 MYT
UK kaji penglibatan Huawei, mahu pastikan keselamatan negara tidak terjejas
Januari lalu, kerajaan UK memutuskan untuk mengehadkan peranan Huawei dalam membekalkan peralatan rangkaian berkelajuan tinggi baharu kepada syarikat telekomunikasi negara itu. - Gambar hiasan
UNITED Kingdom (UK) akan mengkaji dengan teliti penglibatan syarikat gergasi dari China, Huawei, dalam menyediakan infrastruktur telekomunikasi di negara itu.
Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.
Jelasnya, ia bagi memastikan masyarakatnya menerima kemudahan jalur lebar dan dalam masa sama ia tidak menjejaskan keselamatan negara itu.
"Saya sangat-sangat bertekad untuk mendapatkan jalur lebar ke setiap bahagian negara ini menjangkau seluruh UK dan kami yakin bahawa kita dapat melakukannya.
“Kita harus memikirkan dengan teliti bagaimana kita boleh mengatasinya. Kita harus mencari penyelesaian teknologi yang tepat.
“Tetapi kita juga harus memastikan bahawa kita terus memberikan jalur lebar yang diperlukan untuk warga UK," katanya di London pada Isnin.
BACA: AS buat peraturan baharu benarkan syarikatnya bekerja dengan Huawei
BACA: Huawei dakwa tindakan AS beri kesan kepada industri global
VIDEO: Perancis akan 'tekan' syarikat Telco tidak guna Huawei
VIDEO: Huawei 5G di UK: Amerika Syarikat kecewa
Pada Januari lalu, kerajaan UK memutuskan untuk mengehadkan peranan Huawei dalam membekalkan peralatan rangkaian berkelajuan tinggi baharu kepada syarikat telekomunikasi negara itu.
Ia sekali gus mengabaikan amaran Amerika Syarikat yang mengugut akan memutuskan perkongsian risikan sekiranya Huawei tidak diharamkan.
Pegawai UK sejak itu menilai semula peranan Huawei berikutan sekatan Amerika ke atas syarikat China itu pada Mei.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Boris Johnson
#China
#Huawei
#jalur lebar
#kerajaan
#keselamatan
#menteri
#Perdana Menteri
#perkongsian
#risikan
#sekatan
#syarikat telekomunikasi
#teknologi
#telco
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan