WANITA hamil dinasihati menangguhkan perjalanan ke Florida ekoran kebimbangan penularan virus Zika.

Jabatan Kesihatan Awam England (PHE) dalam kemas kini nasihat perjalanan itu dikeluarkan selepas kes pertama penyakit bawaan nyamuk itu disebarkan di Amerika Syarikat.

"Risiko di Florida dianggap sederhana berdasarkan bilangan dan penyebaran kes ketika ini. Pihak berkuasa kini melaksanakan langkah-langkah kawalan berkesan untuk penyakit ini memandangkan ia sama seperti denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.

"Wanita hamil dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka dan tidak perlu ke kawasan terjejas sehingga melahirkan anak.

"Buat masa ini, hanya zon sekitar Miami-Dade County dianggap sebagai zok berisiko jangkitan aktif," jelas kenyataan itu.

Setakat ini 53 orang telah dirawat di United Kingdom berhubung jangkitan virus Zika.

Lebih daripada 1,650 jangkitan Zika telah dilaporkan di Amerika Syarikat, namun empat mangsa di Florida yang didapati positif virus itu muncul untuk menjadi kumpulan pertama tidak dikaitkan dengan perjalanan di luar AS.