Selepas beberapa bulan dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) akibat sakit dada dan batuk, pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid kembali berkarya.

Mamat menerusi muat naik video di akaun Instagram peribadinya mengumumkan telefilem terbaharunya yang bertajuk “17 Puasa”.

Telefilem tersebut merupakan sebuah telefilem komedi arahan dan tulisan Mamat Khalid yang dibarisi oleh beberapa pelakon antaranya Sabri Yunus, Aziz M. Osman, dan Nasrizal Ngasri.

BACA: Mamat Khalid dilapor kritikal, isteri pohon doakan yang terbaik




Antara petikan telefilem 17 Puasa karya Mamat Khalid


Telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.

Untuk pengetahuan ramai, telefilem ini juga merupakan kesinambungan daripada filem 15 Puasa (2004) dan 16 Puasa (2017).

Sebelum ini, 16 Puasa pernah ditayangkan saluran Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.

Petikan telefilem 17 Puasa karya terbaharu Mamat Khalid

Telefilem ini dijangka menemui anda pada hari 17 Ramadan dan ditayangkan secara eksklusif di Astro First.

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Ini antara komen mereka.

Antara komen para pengikut Instagram Mamat Khalid