PENYANYI Syafiq Farhain, 24 tahun, memaklumkan bapanya, Saleem, 57 tahun, telah meninggal dunia awal pagi tadi.

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

"Abah dalam kenangan. Mungkin ini sahaja yang tinggal untuk dikongsi," luah Syafiq pada foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.




BACA: Saleem Iklim meninggal dunia

BACA: 'Saya terkejut bila ...' - Syafiq Farhain cerita perkembangan Saleem


Sementara itu, di ruangan komen Syafiq Farhain kini dibanjiri dengan ucapan takziah daripada peminat dan juga rakan kenalan artis.