Dalam kalangan pemain industri perfileman tanah air, spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Astro AWANI difahamkan, kedudukan Ahmad Idham ' tidak lagi selamat' dan berkemungkinan jawatan CEO akan digantikan dengan individu lain.
Berdasarkan kontrak lantikan, Ahmad Idham ditawarkan jawatan di agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia selama dua tahun yang akan berakhir pada Mac 2021.
Dalam perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan FINAS di Hulu Kelang pada Selasa lalu, Ahmad Idham mengumumkan beliau akan mula bercuti minggu depan selama tiga bulan.
"Berdasarkan situasi masa kini, sepertinya Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac depan. Alasan yang diberikan Ahmad Idham beliau mahu selesaikan urusan peribadi, namun jawapan itu mencetuskan banyak persoalan," kata sumber dalaman FINAS kepada Astro AWANI.
BACA: "Sabar... bagi saya mula kerja dahulu" - mesej Ahmad Idham buat pengkritiknya
Dalam perhimpunan itu, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac yang menyampaikan ucapannya turut menyentuh mengenai tindakan Ahmad Idham yang akan bercuti sehingga bulan Mac 2020.
Sementara itu, Ahmad Idham ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan, beliau akan bercuti selama tiga bulan bermula minggu depan.
Ditanya mengenai spekulasi berhubung kedudukannya pula, Ahmad Idham berkata, perkara itu diserahkannya kepada pihak berkuasa.
"Ada baiknya, kalau kita sama-sama nantikan pengumuman daripada pihak yang berkuasa. Biarlah saya bercuti seketika, selepas bulan Mac, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi," kata Ahmad Idham, 45.
Usaha Astro AWANI untuk menghubungi Hans Isaac bagaimanapun tidak berhasil.
Kiriman mesej kepada beliau melalui aplikasi WhatsApp tidak dibalas sementara panggilan telefon juga tidak dijawab.
Difahamkan beliau kini berada di Singapura atas urusan rasmi.
Saharudin Musthafa
Thu Dec 05 2019
Ahmad Idham mengesahkan beliau akan mula bercuti minggu depan selama tiga bulan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya.
PRU15: GTA Negeri Sembilan calonkan Ahmad Idham tanding di PD
Mohamad Jani berkata, nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas itu telah dibawa ke peringkat pucuk pimpinan.
Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
Ahmad Idham, Eizlan Yusof sumbang khidmat negara - Saifuddin Abdullah
Daripada jawatan JUSA B, Ahmad Idham turun ke Gred 54 sementara Eizlan tidak dibayar gaji, jelas Saifuddin Abdullah.
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
Syarikat penerbitan 'peram' geran PELAKSANA berdepan pembatalan insentif
Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.
Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.
Ahmad Idham tinggalkan Finas bukan kerana kontroversi Netflix - Gobind
Gobind Singh Deo tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.
Finas cadang akta khusus kawal selia kandungan platform digital
Tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas.