HOS Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Jihan Muse akui terkedu menyaksikan insiden yang menimpa Zamani.

Menurut Jihan, perasaannya sebak dan bercampur baur melihat seorang legenda begitu berusaha untuk melakukan persembahan walaupun dalam keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Jihan meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

BACA: Zamani buat penonton menangis

BACA: Peminat kongsi video, bukti kemampuan alunan suara Zamani



“Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yang begitu berharga.

“Berdiri di sebelah seorang lagenda yang kelu kerana tidak mampu menyanyi. Tiba-tiba satu dewan menyanyi bersama.

“Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yang bernama ZAMANI. Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada,” tulisnya.

Dalam pada itu, Jihan juga mengucapkan terima kasih kepada rakan hosnya, Nabil kerana keserasian mereka membuatkan pasangan ini mampu mengendalikan keadaan diluar jangkaan itu dengan baik.

“Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yang begitu kuat dengan aku. Kadang-kadang tak perlu bincang apa-apa.

“Aku pandang kau kau pandang aku terus sama-sama tau nak handle situasi. Melihat keadaan abang Zamani sekarang teringat Zamani Slam yang dulu.

“Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abang @zamanislam_official . Moga Allah memberkati kita semua,” coretnya.

Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yg begitu berharga, berdiri di sebelah seorang lagenda yg kelu kerana tidak mampu menyanyi. Tiba2 satu dewan menyanyi bersama. Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yg bernama ZAMANI. Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada. Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yg begitu kuat dgn aku. Kdg2 tak perlu bincang apa2. Aku pandang ko ko pandang aku terus sama2 tau nak handle situasi. Melihat keadaan abg zamani skrg teringat zamani slam yg dulu. Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abg @zamanislam_official . Moga Allah memberkati kita semua. .


Terdahulu, Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri malam tadi.

Kejadian itu berlaku kerana Zamani berada dalam keadaan tidak sihat.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.