awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..' - Nora

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
15/12/2019
03:53 MYT
'Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..' - Nora
Nora berada di Singapura ketika menerima khabar duka pemergian anak keduanya, Alif. - Foto Instagram @itsnoraariffin
"Alif tidak pernah tinggi suara dengan saya, setiap hari bertanya khabar, selalu mahu saya bahagia."
Demikian luahan hati sedih penyanyi Nora Ariffin yang kehilangan anak keduanya pagi semalam, Muhammad Syakir Alif Johan, 20 tahun.
Menurut Nora, beliau mengampunkan semua dosa-dosa anaknya dan meredai pemergiannya kembali ke Rahmatullah menyusuli arwah suaminya, Johan Nawawi, kira-kira dua tahun lalu.
“Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, Alif tidak pernah meninggikan suara kepada saya.
“Malah, arwah sering bertanyakan khabar saya. Dia adalah anak yang selalu ingin lihat saya bahagia.
"Alif mahu pergi jumpa papa ye? Rehatlah di sana,” luah Nora menerusi satu muat naik video persembahan nyanyian arwah di laman Instagram sebentar tadi.
BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia
View this post on Instagram
Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kpd saya. Tiap2 hari dia akn bertanya kabar saya. Anak yg selalu ingin lihat saya bahagia. Alif pergi jumpa papa ye?? Rehatlah disana. Semoga Allah tempatkan Alif bersama org2 beriman. Al- fatihah
BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
BACA: Jenazah Alif dikebumi esok selepas bedah siasat
Di ruangan kapsyen itu juga, Nora turut memaklumkan bahawa jenazah Alif akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan dengan pusara suaminya, kira-kira jam 3 petang, hari ini.
Nora juga memaklumkan bahawa majlis tahlil akan diadakan di Masjid Kg Tunku malam ini, selepas arwah selesai dikebumikan.
Alif menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke PPUM pada pagi Sabtu.
Dia sebelum itu dilaporkan rebah di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor.
Nora yang juga penyanyi lagu ‘Di Persimpangan Delima’ berada di Singapura ketika menerima khabar duka itu.
Sejurus dimaklumkan mengenai pemergian Alif, Nora segera kembali ke tanah air.
Pada 24 Mac 2017, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin kehilangan suaminya, yang juga seorang komposer ternama tanah air.
View this post on Instagram
Alif pegi jumpa papa.... Dia tak balik dah.
A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Dec 14, 2019 at 8:21am PST
Topic Berkaitan
#Alif
#anak
#Anak Nora meninggal dunia
#Instagram
#Islam
#jenazah
#Johan Nawawi
#jumpa papa
#kenang
#Kuala Lumpur
#maaf segala dosa
#Muhammad Syakir Alif Johan
#Nora Ariffin
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan