HANYA kerana memiliki nama pangkal yang serupa, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa menerima tempias ekoran kontroversi kecurangan baharu dilakukan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Kurang senang dengan tindakan segelintir netizen yang menuding jari kepadanya seolah-olah beliau adalah lelaki yang terbabit dalam skandal itu, Aliff Syukri muncul membuat penjelasan kepada pengikut-pengikutnya di laman sosial Instagram peribadinya pada pagi Rabu.
Bagi memastikan netizen dapat membezakan wajah mereka berdua, usahawan sensasi itu memegang sekeping foto Aliff Aziz bersaiz A3 dan memberi 'kuliah' dalam nada yang sangat serius.
"Ini Aliff Aziz, ini Aliff Sykuri, ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri. Korang tahu tak membezakan antara Aliff Aziz dengan Aliff Syukri," kata Aliff Syukri berulang kali.
Menurut Aliff Syukri, apa yang dikesalkannya ialah orang ramai masih keliru antara beliau dengan artis kontroversi yang kini menjadi tumpuan media.
Sekalipun kesal dengan salah faham segelintir masyarakat, namun Aliff Syukri tetap mendoakan kebahagiaan Aliff Aziz.
"Saya doakan Aliff yang ini (Alif Aziz) semoga berbahagia hingga ke jannah. Jangan kecam orang, jangan kutuk orang. Kalau kena kat batang hidung sendiri baru anda tahu, doa baik-baik sahaja," kata Aliff Syukri menitipkan pesanan buat 3.2 juta pengikutnya di Instagram.
Pada Selasa, media tempatan melaporkan Aliff Aziz mencetus kontroversi terbaharu apabila sekeping foto memaparkan seorang individu mirip wajahnya bersama seorang gadis tular di media sosial.
Ini bukan kali pertama Aliff, 28, dituduh berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah, 25, dan beberapa kali juga Bella memaafkan tindakan suaminya yang kelihatan seperti tidak matang itu.
Sebelum ini, dia pernah kantoi keluar bersama pelakon, Afifah Nasir dan juga Oktavia Manrose manakala kali ini, Aliff Aziz didakwa sedang 'bermesra' dengan seorang wanita lain pula.
BACA: Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar
Dalam reaksi pada kontroversi itu, gadis yang dikaitkan dengan Aliff Aziz, Mell mendakwa, dia mengenali pelakon itu menerusi sebuah parti tertutup.
Menurut Mell, tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin dia dan Aliff Aziz.
"Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff saya takda buat apa pun dan saya kenal Aliff masa dekat private party," kata Mell mempertahankan dirinya.
BACA: "Kenal masa 'private party', tak buat apa pun" - Skandal curang Aliff Aziz buka cerita sebenar
Astro Awani
Wed May 15 2019
Aliff Syukri memegang foto Aliff Aziz sambil memberi 'kuliah' kepada pengikutnya yang tidak dapat membezakan wajah mereka berdua.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Aliff Aziz kantoi curang, Aliff Syukri kena tempias
Hanya kerana memiliki nama pangkal yang serupa, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa menerima tempias ekoran kontroversi kecurangan baharu dilakukan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar
Terbaharu, sekeping foto memaparkan seorang individu mirip Aliff Aziz bersama seorang gadis tular di media sosial pagi ini.
'Bisikan syaitan lebih halus di hati' - Ibu minta Aliff dan Bella muhasabah diri?
Biarpun tidak menyatakan secara jelas, Siti Hafizah selesa bermain madah dan kata-kata di media sosial.
'Niat bukan untuk aibkan suami dia tapi ...' - Netizen pertahan tindakan Bella terhadap Aliff
Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi semula (repost) kenyataan yang ditulis oleh seorang individu mengenai dirinya di ruangan InstaStory di Instagram.
'I tak patut keluar dengan suami orang' - Oktovia Manrose mohon maaf kontroversi Aliff Aziz
Kesal dengan kenyataannya sebelum ini, Oktovia mengakui kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri.
'Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang hal ini' - Aliff Aziz komen isu curang
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah di Instagram.
Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google
Google Trends hari ini menyenaraikan beberapa kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.
Bella, saya minta maaf kerana beri Aliff pegang tangan - Afifah Nasir
Pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana memberi peluang kepada aktor tersebut untuk memegang tangannya.
Dua malam paling gelap dalam hidup saya - Cerita Aliff dalam lokap
Dua malam ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, pelakon yang terpalit dengan kontroversi 'mengasari' isterinya, Aliff Aziz, 26, mengakui tempoh itu paling panjang dalam hidupnya.
Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir
Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.