awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Azian Mazwan Sapuwan meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2019
05:16 MYT
Anak Azian Mazwan Sapuwan meninggal dunia
Menurut Azian, jenazah anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain kini masih berada di Hospital Selayang. - Gambar Facebook
Penyanyi yang cukup terkenal sekitar era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan kehilangan anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain sekitar 11.30 pagi Isnin.
Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Selayang.
Mengesahkan perkara itu, penyanyi lagu Cinta Embunan Pagi itu berkata, dia reda menerima pemergian anaknya itu ke rahmahtulllah.
Kata Azian, pada masa sekarang jenazah Allahyarham Aqil masih berada di hospital.
"Saya dan keluarga menerima berita dengan penuh reda," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Mohammad Aqil yang sudah mendirikan rumah tangga dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Kajang, Selangor pada 22 November lalu.
Sejak itu, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Azian yang pernah menyertai program Gegar Vaganza terbitan Astro juga berkongsi berita duka itu di laman Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua.. Innalillahiwainna ilaihirojiu'n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman. Ya Allah..kuatkan aku..
A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
Dec 15, 2019 at 9:04pm PST
Pada Sabtu, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian anak kedua penyanyi terkenal, Nora Ariffin, Allahyarham Muhammad Syakir Alif juga pada usia 20 tahun.
Allayarham Alif menghembuskan nafas terakhir secara mengejut selepas rebah di kediaman keluarganya di Kampung Tunku, Petaling Jaya. BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
BACA: "Saya reda, Alif anak yang baik" - Nora Ariffin
Topic Berkaitan
#anak
#Azian Mazwan Sapuwan
#Hospital Selayang
#Instagram
#meninggal dunia
#Mohammad Aqil Zulkarnain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan