awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Avengers: Infinity Stones bukan sekadar cereka, ini 5 perkara anda perlu tahu

Agensi
Agensi
07/05/2018
03:38 MYT
Avengers: Infinity Stones bukan sekadar cereka, ini 5 perkara anda perlu tahu
Walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kami ditojolkan dalam filem Marvel, namun lagenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama. -Foto Social Media
JIKA anda peminat filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.
Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan ‘Infinity Stones’ atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekali gus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.
Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun lagenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.
Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:
1) Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.
2) Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.
3) Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.
4) Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.
5) Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.
BACA: Lelaki mati dengan mata terbuka ketika tonton filem Avengers: Infinity War
BACA: 'Avengers: Infinity War' pecah rekod, kutip RM2.4bil pada minggu pertama
Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.
Topic Berkaitan
#Avengers Infinity War
#filem
#Infinity Stones
#keistimewaan batu keabadian
#Marvel
#mitos
#wafa aula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan