MARVEL lancar satu lagi klip trailer baharu bagi filem terbaharu dalam siri Avengers.

Peminat filem Avengers pastinya tidak sabar menantikan Avengers: Endgame apabila klip berdurasi 30 saat itu catat tontonan 4.15 juta selepas hanya tiga jam dilancarkan.

'Avengers: Endgame' bakal ditayangkan 26 April ini.



Ia menyaksikan watak dari Marvel Cinematic Universe seperti Iron Man, Captain America dan Black Widow bergabung dan merancang idea untuk menentang watak jahat bernama Thanos yang telah melenyapkan hampir separuh dari kehidupan yang ada di alam semesta.

Nak tahu apa kesudahan filem ini, sama-sama kita nantikan April nanti.