awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi bernama Google terima hadiah daripada Google

Gempak
Gempak
04/07/2019
10:00 MYT
Bayi bernama Google terima hadiah daripada Google
Rezeki bayi comel bernama Google semakin murah dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.
KISAH pasangan suami isteri yang memberikan nama anak mereka Google beberapa minggu lalu nampak gayanya telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu.
Menurut laporan Coconuts Jakarta, syarikat Google telah mengubungi bapa kepada bayi itu untuk memberi kejutan.
Difahamkan, pasangan Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27 itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia.
"Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak," katanya.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google.
Andi Cahya dan Ella sepakat menamakan anak mereka yang lahir pada 30 November lalu dengan nama Google.
Menurut laporan portal berita tempatan Kumparan, inspirasi untuk meletakkan nama berkenaan diperoleh pasangan berkenaan ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.
Andi berkata, pada awalnya, dia dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google.
“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya. BACA: Kenalkan ini anak saya, namanya Google
Topic Berkaitan
#Bayi bernama Google
#Google
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan