Tutup

Bela beruang: Usah tambah dosa, kita tak tahu niat sebenar Pia - Ara Johari

Bela beruang: Usah tambah dosa, kita tak tahu niat sebenar Pia - Ara Johari
Penyanyi , Ara Johari berharap rakyat Malaysia berhenti membuat andaian tidak sepatutnya terhadap rakan artisnya, Zarith Sofia Yasin yang sebelum ini ditahan kerana menyimpan beruang matahari. - Foto instagram.com/arajohari
KUALA LUMPUR: Penyanyi , Ara Johari berharap rakyat Malaysia berhenti membuat andaian tidak sepatutnya terhadap rakan artisnya, Zarith Sofia Yasin yang sebelum ini ditahan kerana menyimpan beruang matahari di kediamannya. 

Ara yang turut terkena tempias apabila ada netizen yang mengaitkan namanya dengan isu berkenaan menjelaskan, sikap prihatin semua pihak tidak seharusnya sehingga menambah dosa. 

Ia berikutan katanya, semua orang tidak tahu niat dan keadaan penyanyi yang turut dikenali sebagai Pia itu semasa menjumpai beruang itu.
"Kita mungkin tak tahu niat sebenar dia , atau mungkin kita tak tahu keadaan dia masa dia jumpa beruang tu . Ya, saya tahu rakyat Malaysia prihatin . Tapi jangan sampai benda tu buat dosa korang bertambah," katanya melalui status di laman Twitter. 


BACA: Jumpa tepi jalan? Beruang bukan kucing kurap - Maya Karin

BACA: Ara Johari terpalit tuduhan simpan beruang matahari.... - Ini penjelasan empunya badan
BACA: 'Takpe Bruno, kita pasti berjumpa lagi' - Pia mohon maaf isu kurung anak beruang



Sebelum ini, Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur selepas pihak Perhilitan menerima aduan daripada jiran penyanyi itu yang menemui seekor beruang matahari di bahagian tingkap rumahnya.

Dia kemudiannya disoal siasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).


Bagaimanapun, dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat.

Haiwan terbabit kini masih berada dalam jagaan dan pemantauan Perhilitan dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai.

Tag: Twitter, Malaysia, beruang matahari, ara johari, zarith sofia yasin, Ara Johari, penyanyi, PERHILITAN


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.