PENYANYI wanita yang ditahan kerana kesalahan menyimpan anak beruang matahari tampil membuat permohonan maaf.
Penyanyi berkenaan, Zarith Sofia Yasin membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi akaun Instagram peribadinya yang dimuat naik pada petang Ahad.
Kata Zarith Sofia, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menyakiti haiwan berkenaan, sebaliknya dia hanya ingin melindunginya.
BACA: Jiran terkejut beruang 'minta' makanan
BACA: Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari
"Saya anggap ini takdir ilahi, takpe Bruno, kita pasti berjumpa lagi," katanya.
Jelas Zarith, dia bukanlah seorang yang senang untuk bangun di waktu pagi, namun kerana beruang berkenaan, dia sanggup bangun pagi dan menjaga haiwan itu seperti bayi.
"Aku bukan jenis bangun pagi, ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi.
"Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi. Saya pohon sepuluh jari maafkan lah kekhilafan saya ini," jelasnya.
BACA: Ara Johari terpalit tuduhan simpan beruang matahari.... - Ini penjelasan empunya badan
BACA: 'Kesian, jumpa tepi jalan' - Wanita beri sebab kurung beruang matahari
Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam selepas pihak Perhilitan menerima aduan daripada jiran tetangga penyanyi itu yang menemui seekor beruang matahari di bahagian tingkap rumahnya.
Zarith kemudiannya disoal siasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bagaimanapun, dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat.
Haiwan terbabit kini masih berada dalam jagaan dan pemantauan Perhilitan dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai.
BACA: Nampak comel, tetapi berbahaya - Pakar beruang matahari
Afiq Ariffin
Sun Jun 09 2019
Kata Zarith Sofia, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menyakiti haiwan berkenaan. -Foto Instagram/@oohhpiaa
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N
Beruang itu bukan palsu! - Zoo England
Menurut Pusat Hidupan Liar Paradise yang terletak di Hertford-Shire, haiwan itu memang benar-benar beruang matahari.
Zoo China didakwa guna manusia menyamar beruang matahari
Netizen mencetuskan kontroversi dalam media sosial yang mendakwa beruang dalam zoo tersebut bukan haiwan sebenar tetapi manusia.
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Disangka anjing, rupanya beruang sesat masuk kampung
Penduduk di Kampung Jelutong, Malim Nawar dekat sini gempar apabila melihat seekor beruang matahari di kawasan berkenaan pada Jumaat.
Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.