awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbaloikah pengeluaran ManifestaSITI2020 saat pandemik COVID-19?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/07/2020
08:21 MYT
Berbaloikah pengeluaran ManifestaSITI2020 saat pandemik COVID-19?
Siti Nurhaliza bersama barisan komposer dan tenaga kerja di sebalik album ManifestaSITI2020 sewaktu majlis pelancarannya di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Instagram @ctdk
Meskipun perjalanan tahun 2020 belum lagi tamat, ia dilihat sebagai suatu tempoh yang mencabar, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah dunia.
Bercakap mengenai cabaran, setiap sektor dalam negara berhadapan dengan halangan sukar untuk mengikut rutin atau rentak operasi yang biasa. Semua itu melibatkan perubahan dalam aspek kelangsungan perniagaan, ketahanan operasi, pasaran tenaga kerja, dan kuasa membeli.
Dalam menyedari hakikat itu, semangat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mudah patah. Apatah lagi ketika mengharungi suasana ketidaktentuan itu, beliau nekad melancarkan album solo studionya yang ke-18 iaitu ManifestaSITI2020 yang tertangguh sejak April.
Tetapi, adakah pengeluaran album secara fizikal pada saat genting ini dilihat sesuatu yang berbaloi, lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi yang kini pesat membangun?
Bagi pelantun lagu Anta Permana itu, beliau tidak menafikan bahawa peminat muzik kini mempunyai akses mudah secara digital. Begitupun, pengeluaran album fizikal ini memberi satu nilai yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya malah peminat kesayangannya.
.
.
"Saya rasa ia berbaloi buat diri saya dan peminat kerana album berbentuk fizikal ini memberi satu nilai sentimental buat peminat-peminat saya. Namun saya tidak menolak kemajuan teknologi di mana mereka boleh mendapatkan semuanya secara digital.
"Sebab itu saya juga menggunakan semua platform digital untuk pengeluaran album terbaharu saya ini, katanya selepas pelancaran album ManifestaSITI2020 pada Jumaat.
.
.
Pada masa sama, beliau juga berkongsi bahawa semasa membuka tempahan awal pada 29 Jun lalu, album tersebut telah berjaya dijual sebanyak 1,500 unit.
Album terbaharu ini memuatkan 11 buah lagu antaranya ialah Teratai Menjelma, Aku Bidadari Syurgamu, dan Tertulis Nama Kita yang merupakan lagu ciptaan Siti Nurhaliza dan pengurusnya Rozi Sang Dewi.
BACA: Pelancaran tertunda sejak April, akhirnya ManifestaSITI2020 dilancar
Topic Berkaitan
#Album
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Malaysia
#ManifestaSITI2020
#Siti Zoners
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan