Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Di sebalik kemilau Oscars

Di sebalik kemilau Oscars
Emma Stone pernah merangkul Anugerah Akademi pada 2017 untuk filem La La Land - Foto AP
MALAM gilang-gemilang Anugerah Akademi atau Oscars bakal menemui semua peminat dan pencinta filem Hollywood Isnin ini.

Tentunya, banyak reaksi dan keterujaan peminat dapat digambarkan melalui perkongsian di laman media sosial. Tidak ketinggalan, ada yang turut berkongsi ramalan tentang siapa yang bakal merangkul trofi Oscars bagi edisi ke-92 ini.

Jelas sekali, tumpuan utama bakal terarah kepada kategori utama iaitu Filem Terbaik.

Namun, ada juga yang berbakat berkongsi senarai akhir pencalonan bagi kategori utama itu dalam bentuk gambar siri ilustrasi dan juga poster.


Keterujaan itu turut mendapat perhatian dan dikongsi oleh The Academy menerusi laman Twitternya.


Meskipun kehangatan malam gemilang itu bakal bermula esok, ada beberapa fakta yang mungkin kita belum ketahui di sebalik acara anugerah berprestij ini.

Sebelum kita meraikan acara gilang-gemilang itu, mari kita lihat lima fakta menarik tentang Anugerah Akademi yang bakal diungguli oleh barisan-barisan bintang popular Hollywood.

1. Sejarah Oscars

Pertama kali diadakan pada 16 Mei 1929, acara pengiktirafan itu dikendalikan oleh Douglas Fairbanks dalam sebuah makan malam peribadi.

Ia ditonton sekitar 270 orang di Hollywood Roosevelt Hotel, Los Angeles, California.

Namun pada 1930, ia juga pertama kali disiarkan di radio. Manakala pada 1953 disiarkan di televisyen pula.

Diberi nama rasmi selepas Anugerah Akademi, trofi emas signifikan yang diberikan kepada pemenang pada asalnya dipahat oleh George Stanley yang merupakan seorang pemahat Amerika Syarikat.

Sehingga kini, acara terulung ini disifatkan sebagai rancangan hiburan yang tertua di dunia. Manakan tidak, ia sudah pun masuk edisi ke-92 tahun ini.


2. Asal usul nama ‘Oscars’

Ada pelbagai sumber yang bercakap tentang asal usul dari mana datangnya nama ‘Oscars’ ini.

Tentunya, pasti ada sejarah tersendiri yang menyebabkan nama Oscars itu menjadi pilihan oleh penganjur Academy of Motion Pictures Arts and Sciences itu dan dikekalkan sehingga kini.

Nama anugerah itu dipercayai diambil bersempena nama seorang individu.

Biarpun dari mana asalnya nama Oscars itu dipetik, ia tetap datang dari pelbagai sumber yang berbeza dan mungkin kurang tepat ekoran anugerah itu sudahpun diwarisi bertahun-tahun lamanya.

Antaranya, menurut Presiden The Academy, Bette Davis pada 1941, anugerah itu diberi sempena nama suaminya, Harmon Oscar Nelson.

Selain itu, asal-usul nama anugerah itu juga kerap kali dikaitkan dengan Setiausaha Eksekutif The Academy, Margaret Herrick yang mengingatkannya akan nama panggilan sepupunya bernama Oscar Pierce selepas melihat patung pada trofi itu.

.

3. Trofi Oscars bersalut emas

Trofi berupa patung seorang lelaki bersalut emas itu dipercayai direka khas menyerupai imej seorang pembuat filem Mexico, Emilio “El Indio” Fernández.

Patung seberat tiga kilogram itu antara trofi yang paling dikenali di seluruh dunia.

Namun, ketika Perang Dunia Kedua, ia pernah digantikan dengan logam plaster yang dicat ekoran kekurangan logam.

Ia berlarutan selama tiga tahun sehinggalah penganjur mendapat dana pada 1950.

4. Kendalian tanpa pengacara seperti anugerah lain

Sebagai salah satu acara penting dalam kalendar industri perfileman, penganjur acara itu bagaimanapun mengumumkan bahawa edisi tahun ini sekali lagi bakal menemui peminat filem bertemakan tanpa pengacara.

Menariknya, penyampai-penyampai anugerah pula terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan Hollywood.

BACA: Oscars 2020 tanpa pengacara, penyampai anugerah gabungan nama besar industri filem Hollywood

BACA JUGA: Gembira prestasi tanpa hos, Oscar 2020 ulangi sejarah

5. Tonton secara langsung terus dari rumah anda

Umum mengetahui acara pengiktirafan kepada karyawan Hollywood itu dibawakan secara langsung dari Los Angeles, Amerika Syarikat.

Namun, bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pelakon dan filem kegemaran mereka melakar sejarah di pentas Oscars, stesen televisyen Astro akan memenuhi kehendak pencinta filem Hollywood dari Malaysia.

Malam kemuncak Oscars boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi (10 Februari 2020).

Bukan itu sahaja, stesen televisyen satelit pertama negara itu juga menyediakan tayangan istimewa tujuh buah filem yang tercalon dalam majlis anugerah berkenaan.

Ketujuh-tujuh buah filem itu pula boleh ditonton di saluran Astro BEST (bayar untuk tontonan). 

BACA: Tayangan 7 filem hebat sempena Oscars 2020 di Astro BEST

.


* Malam kemuncak Oscars 2020 boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi pada 10 Februari 2020.

* Sementara tayangan karpet merah yang dibawakan secara langsung dari Los Angeles, Amerika Syarikat pula akan bermula pukul 7.30 pagi juga di saluran Hello dan Astro Ria


Tag: Astro, Hollywood, Oscars, California, Amerika Syarikat, filem, Mexico



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.