awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscars 2020 tanpa pengacara, penyampai anugerah gabungan nama besar industri filem Hollywood

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
05/02/2020
04:31 MYT
Oscars 2020 tanpa pengacara, penyampai anugerah gabungan nama besar industri filem Hollywood
Aktor Chris Rock merupakan antara bintang ternama Hollywood yang pernah mengendalikan Oscars sebelum ini. - Gambar fail BERNAMA
OSCARS mengumumkan akan mengekalkan formula yang sama iaitu tiada kelibat hos yang akan mengendalikan acara itu pada 10 Februari ini.
Sebaliknya akan mengetengahkan penyampai-penyampai anugerah yang berbagai terdiri daripada barisan-barisan penghibur tempatan.
Perkara itu diumumkan oleh penerbit anugerah gilang-gemilang itu, Lynette Howell Taylor dan Stephanie Allain pada Januari lalu.
Untuk perkembangan terbaharu, menerusi perkongsian di Twitter semalam, akaun rasmi The Academy mengumumkan bintang penyampai Oscars iaitu Utkarsh Ambudkar, Salma Hayek, Brie Larson, Spike Lee, Ray Romano dan Rebel Wilson.
The final countdown! Here is the latest round of #Oscars presenters. pic.twitter.com/QOVAvRG1eL
— The Academy (@TheAcademy) February 3, 2020
Anugerah anjuran Academy of Motion Pictures Arts and Sciences itu turut mengumumkan senarai penyampai lain seperti Mahershala Ali, Zazie Beetz, Timothée Chalamet, Olivia Colman, James Corden, Penélope Cruz, Beanie Feldstein dan Will Ferrell.
Tidak ketinggalan bintang lain yang juga bakal menyampaikan trofi pada malam gemilang itu ialah Gal Gadot, Zack Gottsagen, Mindy Kaling, Diane Keaton, Regina King, Shia LaBeouf, Julia Louis-Dreyfus, George MacKay, Rami Malek, Steve Martin, Lin-Manuel Miranda dan Anthony Ramos.
Pelakon senior Keanu Reeves bersama-sama dengan, Maya Rudolph, Mark Ruffalo, Kelly Marie Tran, Sigourney Weaver dan Kristen Wiig juga disenaraikan sebagai penyampai anugerah Oscars 2020.
Selain itu, tumpuan utama juga akan terarah pada acara karpet merah dalam acara anugerah berprestij yang akan ditayangkan di lebih 225 negara di seluruh dunia. BACA : Oscars 2020: Ini senarai utama pencalonan anugerah filem berprestij dunia
.
Malam kemuncak Oscars 2020 boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi pada 10 Februari 2020.
* Malam kemuncak Oscars 2020 boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi pada 10 Februari 2020.
* Sementara tayangan karpet merah yang dibawakan secara langsung dari Los Angeles, Amerika Syarikat pula akan bermula pukul 7.30 pagi juga di saluran Hello dan Astro Ria.
Topic Berkaitan
#awarded
#live
#Oscars
#Oscars 2020
#red carpet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan