PRODUSER Datuk A. Aida menunaikan janjinya kepada suami, Aiff Aziz, 29, yang meminta untuk kekal berhijab selepas berkahwin.
A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 47, berkata sebelum ini, dia sudah menyimpan hasrat untuk berhijab tetapi tiada dorongan yang kuat daripada sesiapa.
“Selepas ini saya akan mengekalkan imej bertudung demi mengotakan janji saya terhadap suami selama ini.
“Ariff memberitahu dia mahu saya terus berhijab selepas berkahwin kerana tidak sanggup menanggung dosa.
“Sebenarnya hati saya belum sepenuhnya untuk berhijab tetapi atas dorongan suami saya akan turutkan.
“Doakan saya terus istiqomah dan kuatkan iman untuk berhijab,” katanya kepada Astro Gempak.
BACA: A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda 29 tahun
BACA: "Apabila saya nak berkahwin dengan Aida, kenapa kena hina?
A. Aida kelihatan manis bertudung di majlis pernikahannya yang berlangsung di di Hotel Dorsett Grand di sini, malam Sabtu.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz.
Ariff menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.
Sementara Ariff bersyukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan lancar.
“Alhamdulilah saya bersyukur kerana semua berjalan seperti yang dirancang.
“Doakan kami agar dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan baik,” katanya.
Aida pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan. - Teks oleh: Syafiqah Jalal
Gempak
Sun Jul 22 2018
Ariff menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
'Jangan ambil jalan mudah bawa lari anak dara orang' - A.Aida tekankan adab ketika bercinta
A.Aida menegaskan secara umum, individu baharu yang muncul dalam keluarganya perlu memenangi hatinya terlebih dahulu.
Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Mahkamah menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi berhubung isu pelanggaran kontrak.
Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak.
Amelia Henderson berjaya tangguh permohonan maaf, ganti rugi RM200,000
Mahkamah guna budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A. Aida susulan rayuan kes itu.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
'Sebarang rayuan tak akan dilayan' - A. Aida serik bekerjasama dengan Amelia Henderson
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memberitahu beliau memaafkan Amelia, namun berkata dia tidak pernah berdepan insiden seperti itu sepanjang bergelar penerbit.
'Saya pelik kerana transaksi dibuat waktu subuh...' - A. Aida
Moga siasatan dapat dilakukan segera...
Duit A. Aida RM200,000 dikebas individu yang dikenalinya
Wah banyak tu!
Romantisnya... Hafiz dan Nureffy dalam Kisah Cinta Kita
Muzik video Kisah Cinta Kita menampilkan dua insan istimewa dalam diri juara Akademi Fantasia 7 ini.