SAMA cantik sama padan.

Manis sungguh senyuman pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Aidil Aziz pada majlis resepsi pernikahan mereka yang diadakan di kampung halaman keluarga perempuan di Perlis.

Melalui laman Instagram, Fasha, 34, berikrar, dia dan Aidil akan mengutamakan keluarga dalam apa sahaja keadaan.

"Insya-Allah saya dan Aidil akan sentiasa mendahulukan keluarga walau apa juga keadaan.

"One big happy family, Insya-Allah," katanya.

Dalam kapsyen yang sama, Fasha mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga baharu yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan untuk sama-sama meraikan hari yang penuh bahagia buat dia dan suami.


BACA : Fasha Sandha dan Aidil Aziz bertunang hari ini

BACA : Sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz

BACA : Jejai doa kebahagiaan Fasha Sandha dan Aidil Aziz


Majlis persandingan pasangan berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah mencemar duli.


Fasha dan Aidil selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, pada Sabtu.